Friday 9 December 2011

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

SOLAT SUNAT TAHAJUD
BAHASA: Meninggalkan tidur.
ISTILAH :Sembayang sunat yang dilakukan
                    apabila terjaga daripada tidur pada waktu 
                    malam walaupun tidur hanya sebentar.
 •Ia dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar.
 •Sebaik-baiknya pada waktu 1/3 malam terakhir kira-kira 
   jam 3 pagi hingga terbit fajar.
 DALIL SOLAT SUNAT TAHAJUD
 
(Surah al-Israk,79)

     Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam tambala bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.


Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:

    Sebaik-baik sembayang selepas sembayang malam (tahajjud).


                                                 (Riwayat Muslim)

CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD
1. Lafaz niat:

2. Bilangan rakaat:

    •Sekurang-kurangnya satu salam atau
       seberapa banyak termampu secara bersendirian atau berjemaah

3. BACAAN:

    •Rakaat pertama,baca doa aftitah,
      al-Fatihah dan surah al-Kafirun atau mana-mana surah.

    •Rakaat kedua,baca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau mana-mana surah.

4. DOA

    •Selepas salam baca doa.
 HIKMAH SOLAT SUNAT TAHJUD
 
Doa dimakbulkan Allah SWT dan dimurahkan rezeki.

Sentiasa mendapat pengawasan dan pemeliharan Allah SWT.

Dipermudahkan hisab dan senang melalui titian al-Sirat.

Menerima buku catatan amalan dengan tangan kanan.

Terhindar daripada kabanas dan gangguan syaitan.

Bersemangat,berdisplin dan mudah mengingati ilmu.

Allah SWT memudahkan urusan hidup.

Wajah bersih bersinar semasa dibangkitkan di padang Mashyar.

Mendidik jiwa bermunajat dan melahirkan rasa takut kepada Allah SWT.

Melahirkan rasa seronok beribadat.
 
BAGAIMANA MEMUDAHKAN ANDA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJUD?  
        JASMANI:
Tidak banyak makan dan minum.

Tidak letih pada siang hari.

Tidur sekejap sebelum Zuhur.

Tidak melakukan dosa yang boleh mengeraskan hati.
 
ROHANI:

Kasih dan takut kepada Allah SWT.

Mengetahui kelebihan Qiyamulail.
 Cinta akan sunnah Rasullullah SAW.
 

No comments:

Post a Comment

Pages