Monday 12 December 2011

SYURGA GANJARAN KEBAIKAN

MAKSUD SYURGA:
BAHASA ARAB (Al Jannah) :
  Sebuah taman yang indah di 
  penuhi dengan pelbagai nikmat
  dan keselesaan.
SYARA’ : 
  Suatu tempat yang penuh dengan
  nikmat disediakan oleh Allah bagi
  hamba-hamba yang beriman dan beramal
  soleh selepas mereka dibangkitkan di hari akhirat.
 
KEPENTINGAN BERIMAN
KEPADA SYURGA
 
1- Melengkapkan rukun iman dan   
   memastikan kesahihan akidah.
2- Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.
3- Meyakinkan bahawa kebaikan akan diberi
   ganjaran baik pada hari akhirat.

NAMA-NAMA SYURGA
JANNATULNAIM-TEMPAT DIPENUHI NIKMAT
DARUSSALAM - TEMPAT YANG SELAMAT
JANNATUL MA’WA - TEMPAT BERTEDUH
JANNATUL FIRDAUS - TEMPAT KEDIAMAN
JANNATULADN - TEMPAT KEDIAMAN
DARUL KHULUD - TEMPAT YANG KEKAL
MAKOMUN AMIN - TEMPAT YANG AMAN
 
BUKTI KEWUJUDAN SYURGA 
  Banyak ayat al-quran dan hadis yang menerangkan mengenai  
     syurga. 
      •Rasullullah SAW telah melihat syurga dan keadaan    
     penghuninya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Nabi Adam dan Hawa pernah tinggal di Syurga sebelum diturunkan di bumi.
Terdapat para sahabat yang dijanjikan dengan syurga pada hari akhirat.

    KETINGGIAN NIKMAT SYURGA
 
1  Kata-kata aluan dan ucapan lunak diucapkan
   kepada penghuni syurga.
2  Pakaian dan persalnan sutera dan perhiasan 
   emas serta perak.
3  Bidadari dan wildan (remaja-remaja lelaki) 
   sentiasa menemani penghuni syurga.
4  Makanan lazat terhidang mengikut citarasa 
   penghuninya
5  Mahligai indah daripada emas dan perak.
6  Buminya terdiri daripada perak dan air 
   sungai daripada susu, madu, arak dan air yang lazat.
7  Taman indah terbentang luas dipenuhi pohon serta 
   alunan suara yang merdu.
8  Dapat melihat wajah ALLAH SWT (nikmat paling besar 
   kurniaan ALLAH SWT).


 HIKMAH ALLAH SWT 
  MENGADAKAN SYURGA
 
1   Menjadi motivasi untuk pahala kepada 
     ALLAH SWT dan melakukan amalan soleh.
2   Mengingatkan manusia,setiap pengorbanan
     di dunia akan diberi ganjaran istimewa 
     di akhirat.
3   Bukti kebesaran dan rahmat ALLAH SWT terhadap 
      hamba yang beriman dan beramal soleh.
4   Memberi kesedaran bahawa nikmat dunia adalah 
    sedikit berbanding nikmat syurga.

 



 

2 comments:

Pages