Friday 9 December 2011

Solat Ketika Sakit



MAKSUD SOLAT KETIKA SAKIT


Menunaikan solat mengikut keupayaan kerana kesulitan 
  yang menghalang daripada menunaikan secara biasa.
Islam membenarkan orang sakit bersembahyang mengikut keupayaannya
 
CARA SOLAT KETIKA SAKIT
A . secara duduk
 
1.Duduk dalam keadaan iftirasy
   (duduk antara dua sujud atau yang termampu)
2.Rukuk (kepala ditundukkan, dahi setentang 
   dengan tempat sujud ataupun hadapan lutut).
3.Sujud seperti biasa.
 
B. Secara mengiring

       1.Berbaring mengiring di atas rusuk sebelah kanan.
       2.Muka dan dada menghadap kiblat.
       3.Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
 
C. Secara menelentang
       1.Berbaring menelentang.
       2.Kaki menghala kiblat. 
       3.Kepala ditinggikan sedikit supaya
           muka dapat menghadap kiblat. 
       4.Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
 
D.  Secara isyarat kelopak mata

     1.Berbaring menelentang.
     2.Kaki menghala kiblat.
     3.Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata.
     4.Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata.
 
E.   Secara ingat dalam hati
     Dilakukan dengan membayangkan di dalam hati
       pergerakan mengikut tertib rukun.
 
 HIKMAH  RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT
   
     1.Membuktikan Allah sayang akan hambanya. 
     2.Menunjukkan Islam agama yang mudah. 
    3.Supaya umat islam dapat menunaikan
       kewajipan mereka dalam sebarang keadaan.
 
  SEBAB DIWAJIBKAN SOLAT WALAUPUN 
 KETIKA SAKIT
 
    1. Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam. 
     2. Mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran. 
     3. Solat sebagai penawar kepada sakit. 
     4. Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah. 
     5. Supaya hidup dan mati dalam iman.

 
 
 
 

8 comments:

  1. assalamualaikum akhi amin , boleh tanya sikit , hukum dengan hikmah tue sama ker ? klw tak sama , saya nak tahu ape hukum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam... klu sakit tangn kiri patah dn susah untk bergerak mcm mne nk mengmbil wuduk....

    ReplyDelete
  3. Ye lah macam mn ye kalau kaki tangan patah..

    ReplyDelete
  4. apa hukum mengerjakan solat fardu ketika sakit?sila jawab

    ReplyDelete
  5. Kalau satu badan lumpuh macam mana nak solat ye

    ReplyDelete
  6. Hukum menunaikan solat fardhu ketika sakit tetap wajib.jika die xmampu untuk menggerakkn Kaki Dan tgnnya ade Cara nya.jika dia lumpuh Masih ada caranya.rujuk balik pada maklumat yg tentera Di atas.inshaa'allah sama" sedikit sebanyak

    ReplyDelete

Pages