Friday 9 December 2011

SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA

SOLAT AIDILFITRI:
Solat sunat 2 rakaat yang dilakukan 
umat islam pada pagi 1 Syawal.

SOLAT AIDILADHA:
Solat sunat yang ditunaikan umat islam pada pagi 10 Zulhijrah.
 AMALAN SEBELUM
SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA
 
Menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti takbir, 
  zikir, solat sunat tahajjud, dan membaca al-Quran.
Mandi sunat pada pagi hari raya.
Memakai pakaian baru dan bersih.
Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki.
Bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga.
Pada hari raya AidilFitri bersarapan sebelum solat,
  pada hari raya AidilAdha bersarapan selepas solat 
Pergi awal ke masjid dan sebaik-baiknya dengan berjalan kaki. 
Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang Islam yang ditemui. 
Membayar zakat fitrah ( AidilFitri ) dan banyak bersedekah.
 
 CARA SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA
 1. Waktu:Selepas ½ jam terbit matahari sehingga tergelincir matahari.
       Disunatkan melambatkan solat AidilFitri dan menyegerakan 
       solat Aidiladha daripada awal waktu. 
  •   Bilangan rakaat:2 
  •   Bilangan takbir:7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada 
      rakaat kedua tidak termasuk takbiratul ihram. 
  •   Bilangan tasbih:6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua.
   
 2. Takbiratul ihram serta niat.
Niat solat Aidilfitri:
 
 
Maksudnya :
    Sahaja Aku Solat Sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat solat aidiladha:
 
  Maksudnya :
   Sahaja Aku Solat Sunat Aidil Adha dua rakaat mengikut Imam 
    kerana Allah Taala.

3.Pada rakaat pertama, selepas takbiratul ilhram, baca doa iftitah.
Kemudian hendaklah bertakbir dengan mengangkat tangan 
   sebanyak 7 kali dan membaca tasbih sebanyak 6 kali, 
   dimulakan dengan takbir kemudian disusuli dengan 
   tasbih secara berselang-seli.
Lafaz tasbih :
 
 
Selepas itu, baca al-Fatihah dan surah al-A`ala atau mana-mana surah
 
4.Rukuk, iktidal dan sujud 
Apabila berdiri pada rakaat kedua hendaklah terus bertakbir sebanyak
      5 kali dan membaca tasbih 4 kali berselang-seli.
Kemudian bacalah al-Fatihah atau mana-mana surah.
Ruku’, iktidal, sujud, tahiyat akhir dan memberi salam
Selepas itu, Khatib membaca khutbah dan beri tumpuan serta jangan bercakap.
 
 
 KHUTBAH AIDILFITRI DAN AIDILADHA
HUKUM
Sunat
WAKTU
Diadakan selepas solat.
RUKUN
·Memuji Allah.
·Berselawat ke atas Nabi Muhammad.
·Memberi ingatan kepada manusia supaya bertakwa.
·Membaca mana-mana ayat al-Quran samada pada khutbah pertama atau kedua
·Memohon keampunan untuk setiap orang beriman dalam khutbah kedua.
SYARAT
·Menyampaikan rukun-rukun khutbah dalam Bahasa Arab.
·Khatib mestilah lelaki.
SUNNAH
·Dimulakan dengan ALLAHU AKBAR.
·Khatib berdiri.
·Suci daripada hadas.
·Duduk antara dua khutbah.
 
 
 KEPENTINGAN TAKBIR HARI RAYA:
        Melahirkan kesyukuran kepada ALLAH SWT.
Meninggikan syiar Islam.
Mengingatkan kita tentang kebesaran ALLAH
Memantapkan semangat perjuangan umat Islam
   
      
 
 

1 comment:

  1. Casino of the Week 2021 - Mapyro
    Explore the 군포 출장샵 best 10 Casino of 밀양 출장안마 the 김천 출장안마 Week 2021 from 시흥 출장마사지 Mapyro users and see the best Casino of 제천 출장마사지 the week 2021's bonuses, promotions,

    ReplyDelete

Pages