Monday 12 December 2011

SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB PAHLAWANG TERBILANG

                        BIODATA
       
SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB

Nama            :   Hamzah bin Abdul Mutalib Abdu Manaf
Keturunan    :   Bani Hasyim
Tarikh Lahir  :   570 sama tahun kelahiran Rasulullah
Tempat lahir  :   Mekah Al-Mukarramah
Jawatan        :   Panglima perang Rasulullah SAW, 
                         pembawa panji tentera Islam
Hubungan     :   Bapa saudara Nabi sebelah bapa,
                          sepupu Nabi sebelah ibu dan saudara 
                          sepenyusuan Nabi 
Hobi              :   Suka memanah dan memburu
Tarikh Wafat  :  Tahun ke-3 Hijrah
Kubur            :  Makam Syuhada’ berdekatan Bukit Uhud
Gelaran          :  Singa Allah

 PENGISLAMAN SAIDINA HAMZAH
 
1.  Rasulullah SAW telah dihina dan dicerca oleh Abu Jahal 
     Safa secara keterlaluan
2. Saidina Hamzah dapat tahu kejadian tersebut.
    Beliau sangat marah dan berjumpa Abu Jahal 
    yang sedang duduk di Masjidil Haram bersama 
    pemimpin lain.Terus memukul kepala Abu Jahal 
    dengan busar pemanahnya hingga berlumuran darah
3. Kata-kata Saidina Hamzah bukti pengislamannya:
     “Siapakah yang berani menghalang dan mencabarku?
      Telah jelas  bahawa Muhammad itu Rasul Allah dan ajaran 
      yang dibawanya adalah benar. Demi Allah, aku adalah
      pengikut Muhammad. Maka kalau berani, halanglah aku.”
4. Pengislaman Saidina Hamzah menjadikan umat Islam
    bertambah kuat dan dihormati
5. Pemimpin tidak lagi melakukan penindasan sesuka hati
    terhadap umat Islam
6. Sikap Saidina Hamzah sebenarnya didorong oleh perasaan
    kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW dan kebenaran yang
    dibawa oleh Baginda


PERIBADI SAIDINA HAMZAH
 
1. Berasal daripada keluarga  bangsawan dan disegani masyarakat Arab. Beliau tetap menjaga tingkah laku
2. Tidak penah terbabit dengan adat Jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina dan berfoya-foya
3. Seorang yang cekal hati dan pantas bertindak menyebabkan Rasulullah memilihnya sebagai Panglima Perang dalam Perang Badar
4. Pahlawan berani dan gagah perkasa.
    Terbukti apabila berani memukul Abu Jahal yang telah menghina Rasulullah
•  Perang Badar-dicabar berlawan dengan dua orang tentera musyrikin
   dan berjaya membunuh kedua-duanya
  Perang Uhud-berjaya menewaskan ramai tentera Quraisy
5. Kerana keberanianya,Rasulullah SAW telah memanggilnya “Singa Allah”

 SUMBANGAN SAIDINA HAMZAH
 
1.Melindungi Rasulullah SAW daripada ancaman musuh.
2.Mengambil bahagian dalam setiap peperangan serta memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan tentera Islam.
3.Ambil berat persaudaraan islam dan nyawa sendiri demi menegakkan Islam.
5.Membantu perkembangan dakwah Islam dan menjadikan umat Islam dihormati dan diterima masyarakat Mekah.

SYAHIDNYA SAIDINA HAMZAH
1. Gugur syahid di medan perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah.
2. Dibunuh oleh ‘Wahsyi’ pelontar lembing atas arahan tuannya
    Jubair bin Mut’im yang akan memerdekakannya.
3. Lembing tepat mengenai perut beliau kerana baju besinya 
    telah terkoyak dan rebah syahid.
4. Hindun binti Utbah telah membelah dada dan memamah
    jantung Saidina Hamzah.
5. Dikurniakan gelaran ’Saiyidus Syuhada’-Panglima 
    Sekalian Syuhada di syurga.


 IKTIBAR
Sanggup berkorban demi kepentingan Islam.
Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut  
  akan ancaman musuh.
Gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Waspada dengan sebarang ancaman musuh.

22 comments:

  1. maklumat yang membantu dalam pelajaran

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Beliau gugur syahid setelah ditikam dengan lembing oleh Wahsyi dalam peperangan Uhud. Hatinya dilapah oleh Hindun bt Utbah kerana ingin membalas dendam di atas kematian bapanya.

      Delete
  3. bukan hanya untuk lulus tapi juga dapat ilmu tahu kisah para sahabat. tk

    ReplyDelete
  4. Boleh sya tnya tentang peribadi saidina Hamzah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat Peribadi

      1. Sangat Menjaga Tingkahlaku

      Beliau tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina & berpoya-poya.

      2. Gagah dan Berani

      Beliau menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar. Banyak membunuh musuh dalam perang Uhud dan merupakan pemegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa peperangan. Beliau juga melindungi Rasulullah SAW dari ancaman pihak Quraisy.

      3. Cekal Hati dan Pantas Bertindak

      Beliau ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan Syam. Telah dipilih oleh Rasulullah sebagai panglima perang dalam perang Badar. Beliau merupakan seorang yang bijak mengatur strategi perang dan melancarkan serangan dengan tersusun ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Islam.

      Delete
    2. Sifat Peribadi

      1. Sangat Menjaga Tingkahlaku

      Beliau tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina & berpoya-poya.

      2. Gagah dan Berani

      Beliau menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar. Banyak membunuh musuh dalam perang Uhud dan merupakan pemegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa peperangan. Beliau juga melindungi Rasulullah SAW dari ancaman pihak Quraisy.

      3. Cekal Hati dan Pantas Bertindak

      Beliau ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan Syam. Telah dipilih oleh Rasulullah sebagai panglima perang dalam perang Badar. Beliau merupakan seorang yang bijak mengatur strategi perang dan melancarkan serangan dengan tersusun ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Islam.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Sumbangan dan Pengorbanan:
      1. melindungi Rasullullah SAW daripada ancaman musuh.
      2. MEnyertai semua peperangan dan memainkan peranan yang penting dalam peperangan.
      3. Banyak berkorban untuk meneggakkan agam Allah SWT
      4. Mengambil berat tentang persaudaraan tanpa mengira kedudukan.
      5. Membantu perkembangan dakwah Islam hingga dihormati oleh masyarakat luar.

      Delete
  7. bole tau apakah bukti keberanian saidina hamzah

    ReplyDelete
  8. apakah keistimewaan yang dimiliki oleh sayidina hamzah bin abdul mutalib?

    ReplyDelete
  9. Cara mentontohi sayidina hamzaah

    ReplyDelete
  10. thanks blog ni sangat membantu:)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Yay esok pagi esok PT3 malam nie baru terkial-kial nak bace......

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum w.b.t,knp hny beliau shj yg disolatkn olh Rasulullah S.A.W. ktk syahid dlm prg uhud,mohon pencerahan dan Jazakallahhukhoirankasiraa

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum w.b.t,knp hny beliau shj yg disolatkn olh Rasulullah S.A.W. ktk syahid dlm prg uhud,mohon pencerahan dan Jazakallahhukhoirankasiraa

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Boleh tolong buat puisi ttg saidina hamzah tak?
    Tengah cari puisi nie..

    ReplyDelete
  17. Subhanallah. Semalam bermimpi menyaksikan & mendengar suara Rasulullah SAW & Saidina Hamzah

    ReplyDelete

Pages