Monday 12 December 2011

SAIDINA UMAR BIN AL-KHATAB RA PENTADBIR YANG ULUNG

BIODATA SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB
Nama : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Keturunan :  Bani Adi,Quraisy
Tarikh Lahir : 584 Masihi (13 tahun selepas Kelahiran  Rasulullah SAW)  
Tempat Lahir :  Mekkah al-Mukarramah
Jawatan :    Khalifah kedua daripada khalifah ar-Rasyidin
Tarikh Menjadi Khalifah :   Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah,
                                          bersamaan 23 Ogos 634 Masihi
Tempoh Pemerintahan :     10 tahun 6 bulan
Tarikh Wafat    :       Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah( 63 tahun )
Sebab Kewafatan :  Dibunuh oleh hamba Majusi berbangsa Parsi
                                bernama fairuz(Abu Lu’lu’ah)
Gelaran :       Al-Farouq(pemisah antara hak dan batil)

 SIFAT PERIBADI
1.BERANI
     •Sebelum memeluk Islam, diberi kepercayaan oleh kaum
       Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW.
      •Semasa memeluk Islam (33 tahun), beliau mengisytiharkan 
        pengisalaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar.
  2.BERANI MENEGAK KEBENARAN 
      • Sesudah memeluk Islam, Contohnya, semasa hendak berhijrah ke 
         Madinah beliau mencabar sesiapa yang berani menghalanganya 
         secara terbuka.
 
JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA
UMAR BIN AL-KHATTAB
PENTADBIRAN
Mengemas kini Majlis Syura.
Mengasas jabatan pentadbiran (jabatan cukai dan harta, 
     jabatan persuratan dan ketenteraan)
Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran.
Mengasaskan undang-undang hisab.
Mengasaskan takwim islam.
 
  DAKWAH 
   • Penyebaran dakwah secara berleluasa 
       di wilayah baru (parsi-Mesir-Rom). 
   • Melatih gabenor di wilayah baru bagi 
        melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah. 
   • Menghantar para ulama ke serata tempat 
     untuk menyebarkan dakwah.
 
  PEMBANGUNAN NEGARA 
   •  Mengemaskini institusi Baitulmal 
   •  Penerokaan kawasan baru untuk pertanian 
      dan membina saliran air 
   •  Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir 
   •  Membina sekolah untuk mengajar dan mendidik 
      anak orang yang baru memeluk islam
 
TELADAN 
  Keperibadian Mulia Saidina Umar 
  Sikap Berani Tegas demi kepentigan islam 
  Istiqamah dengan pekerjaan yang diredhai Allah 
  Berwaspada terhadap musuh  
 
 
 
                  

10 comments:

Pages